ANI AHWAI@SMK SANDAKAN BESTARI 1

selamat datang ke blog saya.........harap para tetamu dapat menyumbangkan apa2 jua idea yang boleh membangunkan lagi blog ini seterusnya mampu memberikan perkongsian ilmu..........

Ayat majmuk gabungan
Dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya.
Contoh:Kakitangan syarikat kami rajin dan berdisipiln.
Encik hendak ke mesyuarat atau menghadiri seminar?
Gabungan yang susunan faktanya berurutan, yakni satu demi satu.
Contoh:Beliau memandang saya sambil tersenyum.
Pendapat beliau amat cetek, tambahan pula disampaikan dengan cara yang tidak menarik.


Ayat majmuk pancangan

Gabungan yang susunannya memberikan maksud pertentangan fakta.
Contoh:
Ayahnya rajin berniaga tetapi anaknya tidak berminat langsung.
Televisyen yang dibelinya mahal, padahal ada yang lebih murah.

Ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan dalam ayat induk. Tiga jenis seperti yang berikut:

<strong>Ayat relatif

Ayat yang menggunakan kata yang.
.Contoh:
Lelaki yang memakai kemeja biru itu ketua baru saya.

Ayat komplemen
Ayat Komplemen frasa nama
Ayat Komplemen frasa kerja
Ayat Komplemen frasa adjektif

Ayat Komplemen
Untuk dia lulus ujian itu amatlah senang.
(a) Perkara itu amat senang.
(b) Dia lulus ujian.
Kata komplemen:untuk.

Ayat Komplemen Frasa Nama
Frasa nama boleh menduduki empat tempat, iaitu sebagai subjek, predikat, objek tepat, dan objek sipi. Dalam konteks ini frasa nama objek tepat dan frasa nama subjek.

Ayat Komplemen Frasa Nama Subjek
Bahawa setiap peserta akan menerima hadiah adalah muktamad.
Tentulah tidak wajar untuk mereka mendirikan rumah di kawasan tanah haram.

Ayat Komplemen Frasa Nama Objek Tepat
Pemuda itu mengakui bahawa dialah yang telah mengemukakan projek baru itu.
Orang-orang kampung mengharapkan bahawa rancangan itu akan membawa faedah.

Ayat Komplemen Frasa Kerja
Kerajaan bersetuju bahawa projek itu wajar diteruskan.
Dia berasa bahawa nasihat pengurusnya itu benar.

Ayat Komplemen Frasa Adjektif
Mereka sangat insaf bahawa mereka itu daif.
Saya yakin bahawa dia akan berjaya.

Ayat Keterangan
Ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat.
Contoh:
Wang itu bukan dengan dia sewaktu polis membuat pemeriksaan.
Anak itu menangis kerana dia lapar.

Ayat Majmuk Campuran
Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Contoh:
Richard sedang membaca buku, tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur.

Ayat Majmuk Pasif
Ayat Majmuk Gabungan
Saya menaip surat dan Amira menulis laporan. (Aktif)
Surat saya taip dan laporan ditulis oleh Amira. (Pasif)

Ayat Majmuk Pasif
Ayat majmuk relatif
Mereka menonton wayang yang seram.(Aktif)
Wayang yang seram itu ditonton oleh mereka. (Pasif)

0 comments:

Post a Comment