ANI AHWAI@SMK SANDAKAN BESTARI 1

selamat datang ke blog saya.........harap para tetamu dapat menyumbangkan apa2 jua idea yang boleh membangunkan lagi blog ini seterusnya mampu memberikan perkongsian ilmu..........

Binaan Ayat Pasif

Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua:
Kata ganti diri diletakkan di hadapan kata dasar:
Buku itu telah saya baca
bukan:
Buku itu saya telah baca.

Kata Kerja Pasif Diri Ketiga “mereka”.

Tidak boleh hadir di hadapan kata kerja dasar. Sebaliknya menerima kata kerja pasif “di” dan diikuti oleh kata sendi “oleh” sebelum kata ganti nama diri “mereka”.
Pembentangan yang mereka hasilkan menarik dan jelas.
Sepatutnya:
Pembentangan yang dihasilkan oleh mereka cukup menarik dan jelas.

Ayat Tergantung (klausa-keterangan sebab)
Kerana kerajaan sedang melaksanakan projek pembangunan di kawasan luar bandar.

Dia merasa sedih mendengar berita itu.

Kesatuan Idea

Ayat tidak timbul kesamaran. Fokus ayat mesti ada.

Ibu bapa hendaklah memahami masalah kejiwaan remaja yang dilanda gelombang kehidupan, yang pada masa yang sama ingin membina keperibadian sendiri, di samping ingin memenuhi naluri semula jadi sebagai remaja yang beralih ke dunia dewasa.

Tiga Idea Pokok
Masalah kejiwaan remaja.
Usaha membina keperibadian sendiri.
Keinginan memenuhi naluri.

Sepatutnya-
Ibu bapa perlu memahami masalah remaja yang berkaitan dengan kejiwaan dan usaha mereka membina keperibadian sendiri.

Contoh Lain;
Menurut Kementerian Sains dan Alam Sekitar menyatakan bahawa sektor industri menjadi faktor pencemaran alam yang utama.


Kepelbagaian

Bukankah dengan akal yang dikurniakan oleh Tuhan itu manusia dapat menciptakan pelbagai benda dan fikiran baru? (Ayat tanya).

Dengan akal yang dikurniakan oleh Tuhan itu manusia dapat menciptakan pelbagai benda dan fikiran baru. (Ayat penyata).

Keselarian
Penggunaan bentuk yang seragam bagi beberapa kata yang sama fungsinya dalam ayat. Contoh:
Sesuatu projek meliputi perancangan, pelaksanaan dan menilai.
Sepatutnya:
Sesuatu projek meliputi perancangan, pelaksanaan dan penilaian.

Logika dan Penalaran
Ayat mestilah mempunyai makna yang jelas/ada pertalian sebab akibat yang jelas.

Contoh:
Gaji pekerja tidak dapat dinaikkan kerana pelancong tidak ramai.
Sepatutnya:
Gaji pekerja tidak dapat dinaikkan kerana keadaan ekonomi kurang baik.

Penekanan
Meletakkan unsur yang ditekankan dalam ayat di bahagian hadapan ayat.
(Ayat songsang/ayat biasa).
Syarikat Y sungguh maju.
Sungguh maju Syarikat Y.


Bentuk Jamak

Apabila kata bilangan yang menunjukkan maksud jamak digunakan, maka nama yang mengikuti kata bilangan tersebut tidak mengalami perubahan bentuk iaitu tidak diulang. Contoh:
Kebanyakan barang-barang sepatutnya:
Kebanyakan barang.

Kata Bilangan Tak Tentu
Dalam bahasa Melayu kata bilangan tak tentu umumnya dihubungkan langsung dengan nama atau frasa nama tanpa kata sendi daripada.
Contoh:
Kebanyakan daripada barang-barang….
(Pengaruh most of)
Sepatutnya:Kebanyakan barang….


“di mana”, “dari mana”, “yang mana”
Dia tinggal di Sandakan di mana penduduknya berbilang bangsa.
Sepatutnya:
Dia tinggal di Sandakan. Di sana penduduknya berbilang bangsa.

Kata Penegas “adalah”
Adalah biasa….
Adalah mustahak….
Adalah lebih baik….

0 comments:

Post a Comment